it is all about a space. between the soul and heart. or something? i don't know. i feel bumble about this issue. the issue fill up in my mind. about the past that remind me everything. honestly, i am glad knowing you. even though everyone have their own life. pursue our own ambition since adolescent. and your dreaming ambition will come true in a few years. maybe one day, i will become your patient. and you, maybe be my doctor. i pray for your ambition. good luck for you. same with me, yeah interest in medicine. until you suggest a mahsa college for me. and i, surrender with my ambition. i start a new life and interested. i hope you will happy and strong in that continents. million miles separate you and your family and besties. new life for you. with a new memories. new happiness. with your guardian angel.
hopefully you will happy with your beloves. i will pray for your happiness from a distance. i wish that person will look out you well.
Sunday, October 21, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Sunday, June 24, 2012
Sunday, June 3, 2012
sacrifice, appreciate
sebanyak mane pun kita inginkan anak perempuan, begitu jugak pentingnya kehadiran anak lelaki pada mata kita. seingin mane pun kita inginkan anak lelaki, sama juga pentingnya anak perempuan pada kehidupan kita. saat saja dilahirkan kita didukung dibelai didodoi comel sehingga kanak kanak kita ditatang bagai minyak yang penuh. membesar sehingga menjadi remaja kemudian berlangkah ke alam dewasa. kita nangis mereka pujuk, kita sakit mereka jaga, kita ketawa mereka gembira. takde ibu bapa yang tak gembira melihat anaknya berjaya di mata mereka. takde ibu bapa yang tak gembira melihat anaknya berjadi menjadi seorang anak yang mereka impikan. mereka yang mengajar kita bertatih didunia, mereka juga yang mengajar kita berpijak di atas bumi ni. segala cabaran yang akan kita lalui mereka sentiasa ada di samping kita. mereka yang mengajar kita tentang liku liku kehidupan duniawi yang akan ditempuh.
terima kasih melahirkan saya. ye tahu, melahirkan seorang bayi tu bukan mudah. malah ibarat berperang dengan nyawa sendiri kan ma. kerana itulah kita kena menghormati dan menghargai ibu kita. walaupun kadang kadang hati muda ni kurang sabar, mudah tersentuh. hurmmm. thats why ade yang kata kita kena menghargai wanita di muka bumi ni sebab pengorbanan mereka sangat besar dibandingkan dengan lelaki.
" pa dah takde sape. tolong jangan buat kami susah hati. "
anak mane yang tak sedih lihat ibu bapanya susah hati mengenangkan nasib yang menimpa. tambah pula melaluinya disaat usia yang begini. mungkin ini ujian duniawi. manusia tak kan lari daripada ujianNya. sabarlah wahai hati. tolonglah kuat.
Sunday, May 20, 2012
keindahan = ketenangan
ingin sekali hati,
berdiri kagum melihat keindahan ciptaanNya,
untuk kesekian kalinya, yang belum ku alami,
tersentuh mengagungi kebesaranNya.
memandang tenang ke arah itu,
berjalan perlahan, melihat ketenangan disebalik hijau,
menyatakan hasrat yang sekian lama terbuku,
hanya bersaksikan antara kau dan aku.
ingin hasrat,
melontar segala apa yang terbeban,
ingin hasrat,
menyatakan segala apa yang dirintihkan.
aku hanya manusia biasa,
yang punya cacat cela,
aku hanya seorang pemburu masa,
yang mengejar erti kehidupan aku damba.
mungkin aku khilaf barangkali,
dalam menempuh ranjau duri dunia,
mungkin aku lali,
yang hanyut bersama sandiwara dunia.
jika anugerah terindah itu Kau tarik dariku,
aku redha dengan ketentuanMu itu ya Allah,
jika Kau benar-benar ciptakan dia untuk tulang rusukku,
Kau perihalakanlah kasih kami selamanya ya Allah.
sesunggahnya,
aku hanya manusia yang lemah tanpa hidayahMu,
sesunggunhya,
aku hanya manusia yang rapuh tanpa kasihMu.
Saturday, May 19, 2012
penghujung tirai
Dan saat ini. Mereka pasti tidak lena tidur.
Dan ketika ini. Mereka pasti mandi tidak basah.
Dan ketika ini. Mereka pasti makan tak kenyang.
Resah oh gelisah. Celaru dirinya mulai kaku.
Usaha. Kemaafan. Keberkatan semuanya seiring denganmu.
Mungkin dulu ramai yang bermain.
Tapi pasti saat ini. Pecutan mu sehabis laju.
Masih ingat waktu muda dulu-dulu. Sekarang pun masih muda. Cuma usia sudah mahu menjengah waktu tengah hari.
Bukan apa. Saat dulu-dulu. Siap sakit habis hanya kerana konon-konon merayu agar siapa tahu mudah-mudahan perkara mampu ditunda.
Agghhhhh.Takut, berdebar.
Mulalah buka buku. Dulu hanya mampu memandang buku.
Hahhhhh. Insaf menebal.
Mulalah mohon kemaafan. Dulu hanya pandai mengeji dan mengata.
Namun tidak kira apa jua. Tidak kira di mana saja.
Andai ada usaha pasti ia berjaya.
Namun andai tidak pasti tersilap di mana-mana.
Kerana pasti Tuhan tahu yang terbaik buat diri kita.
Jangan risau. Yang penting lakukan sedaya mungkin.
Usah getar siapa tamat dulu. Paling penting tamatkan dengan jayanya dan tenang.
Banggakan ibu bapa. Mungkin mereka sudah puas kecewa.
Yang tiada usah bersedih. Pasti ibubapa bahagia dan gembira menatapmu di sana.
Berjuanglah. Jangan takut.
Bersedialah. Jangan gementar.
Bertawakallah. Andai usaha itu ada.
Pasti kejayaan itu tercipta.
Tuhan, permudahkanlah urusan kami,
Tuhan, bantulah diri kami,
Tuhan, tenangkanlah diri kami,
Tuhan, rahmatilah diri kami,
Tuhan, kurniakanlah keberkatan dalam diri kami,
Tuhan, ampunkanlah diri kami.
Berikanlah kejayaan pada yang berhak.
Berikanlah pengajaran pada yang berhak.
Selamat Menghadapi Peperiksaan.
Moga berjaya dalam segala pekerjaanmu.
Kata kata terakhir,
Moga doaku adalah untukmu,
Mohon kejayaan mu adalah restu ibumu,
Minta kegembiraan mu adalah lelah penat ayahmu,
Dan keberkatan mu adalah kehendak Tuhanmu.
Kita berusaha dan kita meminta.
Maka serahkan pula pada yang Kuasa.
please be nice to me
Friday, May 18, 2012
the pieces
hmm.. even a puzzle need to solved by a man. so why complain when having problems with a women.. sometimes you hate something but you never realize that there is a time that you ever done it. then when you realize it, you would say that it is a human mistake. you would say that you are not infallible. i am not a robot. i am syafik, just a human with a heart and i can feel like others.
sometimes you know it will be hurt if you say something but it is better than doing anything. i expect nothing and yet i am still disapointed every single minute. it such an empty space when you are gone. now, for a few days, i'll do my routine without my princess. but she still deep inside... where is my blood flow. always in my heart.
Monday, April 30, 2012
deodorant itu ubat ketiak
Assalamualaikum
1st entry for new blogging. something weird. berbalik pada topik yang rasenye perlu ambik berat, bukan sekadar omongan kosong yang tiada pengisiaanya. pernah tak kita terfikir barang kegunaan harian kita semakin hari semakin banyak ancamannya. mungkin ia bagus pada pandangan kita, hanya sekadar dari mata, tapi pernahkah terfikir keburukan barang tersebut? teknologi makin melonjak maju, jadi barangan juga perlulah canggih dan moden. side effect barang mesti banyak bahan kimia. semua orang dapat fikir sendiri mengikut akal logik. bayangkan setiap hari korang makan bahan kimia yang korang sendiri tak sedar.
perkara yang penting untuk di utarakan, mungkin ia penting bagi seseorang bagi menjaga penampilan. ade jugak segelintir yang hanya buat tak tahu atau tak tahu langsung ape yang digunakan nya. apakah bahan kandungan tersebut? apekah side effect dia pada diri kita? ok nak cakap pasal deodorant. baru intro. tahukah ape kandungan deodorant itu? seperti kita lihat pelbagai variasi deodorant yang makin hari bertambah jenisnya. daripada nivea ke rexona malahan adidas. tidak termasuk lagi deodorant yang lain. penggunaan setiap deodorant mestilah di teliti dan dikaji dengan sendiri sebelum korang memakainya. terutamanya bagi kaum wanita.
kenapa kaum wanita? ini tidak bermakna hanya kaum wanita sahaja perlu berhati2 malah kaum adam juga perlu mengambil precaution juga. ini sebab, sesetengah kandungan deodarant itu mampu memberikan breast cancer kepada wanita. bgaimana ini terjadi? contoh deodorant yang pernah aku kaji, deodorant tu mengandungi banyak kandungan lilin, sebab tu kalau kita tengok betol2, macam pekat je kan deodorant dia? tahu tak kandungan lilin yang banyak ni lah yang akan tersapu pada ketiak kita secara tak langsung dia akan menutupi bahagian liang roma pada ketiak, tahu kan ape side effect? mestilah kulit kita tak boleh bernafas. dan cube bayangkan hari2 pakai deodorant dengan calitan yang banyak. contoh 3x kita mandi, jadi 3x lah kita calitkan, dan calitan itu adalah banyak, dan cuba kalikan 3x calitan bersama 30 hari? dan seterusnya kalikan bersama setahun? belum termasuk untuk berpuluh2 an tahun lagi bukan. jadi apakah effect nya? ia akan membahayakan pada kulit anda, kandungan lilin itu adalah bahaya mnyebabkan cancer.
jika tak percaya, buatlah kajiaan. kalau tak percaya, buat kajian sendiri pakai akal. dah tengok depan mata sendiri macam mane satu produk deodorant ni flammable sebab ade kandungan lilin yang banyak. ye memang boleh kita nak pakai tapi kita perlu kaji dulu produk deodorant tu. dan kawal lah secara teratur tentang penggunaan deodorant dalam kehidupan. jangan terlalu banyak memakainya. 1 produk deodorant yang betul2 sucii, bolehlah cuba deodorant Amway. ternyata ia amatlah bagus. ini bukan mahu promote, tapi bolehlah dikatakan jugak. dah guna deodorant ni, sebab tu berani recommend benda ni selamat guna. kalau tak percaya jugak, meh jumpa family aku. sesi penjelasan barangan kegunaan harian vs barang kegunaan Amway. jadi pikirlah tentang risiok setiap barangan yang anda gunakan setiap hari. bukan sahaja perlu difikirkan pada kegunaan setiap hari tapi perlulah difikirkan juga untuk tahun2 akan datang.
1st entry for new blogging. something weird. berbalik pada topik yang rasenye perlu ambik berat, bukan sekadar omongan kosong yang tiada pengisiaanya. pernah tak kita terfikir barang kegunaan harian kita semakin hari semakin banyak ancamannya. mungkin ia bagus pada pandangan kita, hanya sekadar dari mata, tapi pernahkah terfikir keburukan barang tersebut? teknologi makin melonjak maju, jadi barangan juga perlulah canggih dan moden. side effect barang mesti banyak bahan kimia. semua orang dapat fikir sendiri mengikut akal logik. bayangkan setiap hari korang makan bahan kimia yang korang sendiri tak sedar.
perkara yang penting untuk di utarakan, mungkin ia penting bagi seseorang bagi menjaga penampilan. ade jugak segelintir yang hanya buat tak tahu atau tak tahu langsung ape yang digunakan nya. apakah bahan kandungan tersebut? apekah side effect dia pada diri kita? ok nak cakap pasal deodorant. baru intro. tahukah ape kandungan deodorant itu? seperti kita lihat pelbagai variasi deodorant yang makin hari bertambah jenisnya. daripada nivea ke rexona malahan adidas. tidak termasuk lagi deodorant yang lain. penggunaan setiap deodorant mestilah di teliti dan dikaji dengan sendiri sebelum korang memakainya. terutamanya bagi kaum wanita.
kenapa kaum wanita? ini tidak bermakna hanya kaum wanita sahaja perlu berhati2 malah kaum adam juga perlu mengambil precaution juga. ini sebab, sesetengah kandungan deodarant itu mampu memberikan breast cancer kepada wanita. bgaimana ini terjadi? contoh deodorant yang pernah aku kaji, deodorant tu mengandungi banyak kandungan lilin, sebab tu kalau kita tengok betol2, macam pekat je kan deodorant dia? tahu tak kandungan lilin yang banyak ni lah yang akan tersapu pada ketiak kita secara tak langsung dia akan menutupi bahagian liang roma pada ketiak, tahu kan ape side effect? mestilah kulit kita tak boleh bernafas. dan cube bayangkan hari2 pakai deodorant dengan calitan yang banyak. contoh 3x kita mandi, jadi 3x lah kita calitkan, dan calitan itu adalah banyak, dan cuba kalikan 3x calitan bersama 30 hari? dan seterusnya kalikan bersama setahun? belum termasuk untuk berpuluh2 an tahun lagi bukan. jadi apakah effect nya? ia akan membahayakan pada kulit anda, kandungan lilin itu adalah bahaya mnyebabkan cancer.
jika tak percaya, buatlah kajiaan. kalau tak percaya, buat kajian sendiri pakai akal. dah tengok depan mata sendiri macam mane satu produk deodorant ni flammable sebab ade kandungan lilin yang banyak. ye memang boleh kita nak pakai tapi kita perlu kaji dulu produk deodorant tu. dan kawal lah secara teratur tentang penggunaan deodorant dalam kehidupan. jangan terlalu banyak memakainya. 1 produk deodorant yang betul2 sucii, bolehlah cuba deodorant Amway. ternyata ia amatlah bagus. ini bukan mahu promote, tapi bolehlah dikatakan jugak. dah guna deodorant ni, sebab tu berani recommend benda ni selamat guna. kalau tak percaya jugak, meh jumpa family aku. sesi penjelasan barangan kegunaan harian vs barang kegunaan Amway. jadi pikirlah tentang risiok setiap barangan yang anda gunakan setiap hari. bukan sahaja perlu difikirkan pada kegunaan setiap hari tapi perlulah difikirkan juga untuk tahun2 akan datang.
Sunday, April 1, 2012
vauvaucer vuku
terdetik rase syukur dalam diri. baru rase nak bersyukur. ishh.. atas pembelian buku2 menggunakan baucer. buku aku sahaja. makluman. buku aku sahaja. berapa bulan lepas, sibuk duk beli buku untuk family. ingatkan macam takde buku nak beli untuk diri sendiri sangat so dengan semangat belikan untuk dorang. macam sedih je kan. plan nak beli buku ABC 123. tapi takde anak lagi plak. anak tekak adela. anak tekak mane nak bace2 buku gini. tau nak ngadap makan je. jadi diz is my last baucer. ingatkan dapat baucer tiap sem. lebih bebeno nak tiap sem.
kan bagus boleh guna baucer untuk payang. boleh borong periuk belanga mangkok tudung saji pisau parang ke untuk makcik2. baju seluar bagai. tak ckup duk borong roti2 biskut je dekat psi. belum tambah buku2 lg. huihuiii tatau bersyukur budak. sampai kedai buku baru rambang mata. feeling mcm rambang mata nak beli jersi tuu. bkn rambang mata pilih awek. ramai awek pon. terasa segan. malu2 aumm. buku banyak dalam tangan tapi terpaksa ditolak dikira ditapis supaya tepat2. herhhh buku la sangat kan. ciput je. baucer untuk arena pun boleh. aku lah orang paling happy skali. dapat kat ma aku kompem borong handbag ni. mcm boleh kan.

repeat repeat. sekali lagi. buku la sangat kan.
penang adalah next destination ku. wait and see ya mame mame sume. and nogori sombilan adalah langkah portamo mengonali si dia. ontam je cik kiah. eh silap.. cik jah. the moral of the picture... sila jangan tuduh beta sebagai mat jiwang. beta adalah beta. daulat tuanku.
what hurts the most
it's hurt when u saw something that u really don't want to see
all is about painful
sadness
dissapointed
how are wonderful it is!
Wednesday, March 21, 2012
let's check it out the facts.....
1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya.
4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
11. Lelaki juga akan menangis.
12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk
mendapatkan jawapan.
14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
25. Lelaki lebih banyak berfikir.
26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat
daripada kekasih mereka.
31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
Monday, February 20, 2012
makan versus
selera makan makin hari makin menjadi2 tapi kena kawal dengan fulus. bila lunch banyak habis beli, malam memang tak beli dah. tu planning for thiz sem. ok t/h tadi dah angkut kopok leko 2 ringiit, nasi, keli sambal, kailan, teo ais (rm 4.80). total rm 6.80 .. tapi bajet sekali makan yang ditetapkan rm 5. then dah lari modal. conclusion, malam tak beli. korek la ape yang ade dalam kotak. disebabkan tak puas makan keli kat cafe, siap tapau keli sambal sekor tadi. tebal jugak muka ni.
tiap kali datang cafe, round2 dulu kat makanan. sampai makcik kata tu keli sambal ade. sbb dulu penah sekali keli sambal takde, tanya makcik asl hari ni takde keli sambal?? gaya mcm tak puas hati je. muke dah kena cop muke keli.
so total belanja makan hari ni rm 9.3o .. campur yang tapau tu. lari bajet k. as conclusion, makan tuk pkul 6.30 petang ni, maggie telor, keli sambal tapau, telor+madu .. *hasil selongkar kotak makanan
expert masak maggie telor je
# siap kelas malam
Friday, February 17, 2012
idaman kalbu
assalamualaikum..

request nak makan cempedak goreng tercapai. successfully. tahniah :P next, rendang pulak. tak kan dapat. dah terlewat pakcik. ok just teringat dkt my idaman kalbu. la sangat kan. tapi siyesly mmg idaman kalbu. start sekolah lagi saya aim kamu lagi tahu tak. kamu je tak tahu. dan mungkin kamu tak nak tahu pon. saya syok sendiri barangkali. yup tepat memang kata lain SS .. tapi takpe awk tak layan saya.
idaman kalbu pertama bernama E bukan name sebenar. tiap hari saya cari awak. saya nak tau pasal awk. tapi awak je yang tak tau. sy suke gilee tengok awk senyum. senyum awk nampak unik. tak tahu la kenapa suke sgt tengok. awk mcm garang tapi comel la. sy aim awk diam2. saya ingat awk takkan bercinta dengan mane2 laki. tapi sy salah. tau2 je awk dah nak kawen. tu pun kawan bagi tahu. malam tu sy frust sgt2 sampai tumbuk2 bantal jadi penyek.
sebab ape sy frust sgt, sbb sy suke tengok awk. saya dah bayangkan saya g berdating dengan awk, bahagia nya kan. dengan kelembutan awk tu. ggr tapi takpe sy terima seredhanya bila mmg siyes org kata awk nak kawin dgn jejaka nama A ..
setahun kemudian .. idaman kalbu kedua bertandang. N nama dia .. tak tahu knp suke sgt dkt awk?? manislah senyum kamu tu. ade dimple tuu .. setiap hujung minggu malam saya skodeng awak. tapi awk tak tau, sy lagi happy. bahagianya dpt lihat awk senyum. kawan kata awk bercinta dgn doktor. saya mcm tak caye. tapi one day saya ternampak. jadi mmg betul la orang kata tu. tapi tup3 orang kata awk kawen dengan org lain. sy konpiuzz. tapi takpelah. dorg lagi terbaik kan!
semoga berbahagia! =(
# syok sendiri lah
Saturday, February 4, 2012
bukan yang dulu

memang aku takkan boleh
untuk jadi sepertinya
tapi aku mungkin boleh
jadi yang terbaik untukmu
cinta dalamnya cintaku
sedalam tulus hatiku
untukku mampu memberi
cinta yang sepenuh hatiku
cinta ku setinggi langit
luas seluas samudera
kerana aku benar-benar jatuh cinta
jangan kau ragukan sayang
aku telah siap untuk kau uji
demi kamu aku rela mati
akan aku lakukan semua ni untukmu ..
Sunday, January 29, 2012
baju lagi
buat kali kedua
herr.. baju dan baju. dok usha baju. takde keja laen en. org dok bz tengok ajl bagai aku dok bz cari baju. and tengah usha nak bagi present apebende nanti. hm cite pasal present. guilty. dahla lupa birthday 27hb. aku mmg kejam. nak marah2 la. sampai skrg rase guilty. aku kan nyanyuk. mane ingat. kadang kunci motor pun dah 3x tertingal dkt motor. kononnya nak kunci helmet. tapi. tak berbaloi pon. aku terang2 bagi manusia2 hitam rembat moto. tu lah nyanyuk. tido petang lagi :P
smart bukan?
ta smart sudah.. eceli aku suke kumpol baju and pakai. orang bagi aku bedal je pakai, ta kesah pun. penah dapat kemeja bunge2. makcik bagi. and pakai la demi menjaga hati dan perasaan. mat bunga bukan aku? rase nak nyanyi lagu bunga2 cinta plak.. v neck ke sleeveless ke ape ke pakai je. v neck agh mmg aku suka. pehal cte baju ntah. haha pelik2.
ok rase mengantok. ttbe mgantok. tak dpt tgk ajl pnya pasal.. *takde kaitan langsong

mesti korg tetanye2, aku tido mcm ni ke?
kiut ape! ha3
Assalamualaikum
mood : baik
theme song : kita satu
situassi : melekat kat kerusi
mood makan : cokelat
hari ni.. bukan hari sebenarnya. tapi. dari semalam. kepala dok nak baju superman. kenapa? tak tahula. aku baru jatuh hati dengan itu baju. cooll.. and smart. tambah2 aku pakai. :P
white colour
kenapa white colour? sebab favourite kaler tu. putih tu smart bagi aku. baju banyak jugak kaler putih. tapi ade je kaler lain. ingat aku suci hari2 ke pakai kaler putih.
and the original colour blue
walaupon original kaler biru. tapi putih tetap dihati. pehal lu mat.. ok tak jumpe pon baju aku tayang ni. penat je tayang. tak jumpa atau mata ko yg mata keroh. mata keroh ke keranjang. entahla. asyik jumpa baju domo angry bird segala bagai. ta minat. mahu superman jugak. kelihatan aku seperti gagah bukan bila memakai baju ini?..
Tuesday, January 24, 2012
patah seribu
dok busy tengok video ni je.. comel kot
and sekarang asyik pikir something. rase bersalah sgt..
kan bagus kalau manusia takde perasaan..
Monday, January 16, 2012
kalau ini
kosong ..
ape aku nampak lecture note .. kosong ..
ape dalam pikiran aku .. !!
sakit hati ..
berderau nampak comment tu ..
takpe .. aku terima ..
walaupon sakit ..
Tuhan je tahu ..
biarkan ..
Monday, January 9, 2012
saya sayang awak lebih
Aku rasa korang semua mesti penah dengarkan ayat ni, saya sayang awak lebih (I love you more). Dalam sebuah relationship, memang akan ada satu pihak yang akan lebih menyayangi. Tak boleh tidak, mesti ada punya. Cuma dalam hal ni, apa yang terbaik? Lelaki yang lebih menyayangi atau perempuan? Pada aku, lebih baik lelaki tu. =P
Kenapa? Pertama sekali sebab lumrah lelaki tu sebagai pemimpin dalam relationship tu. Mana boleh kalau perempuan memimpin atau memainkan peranan sebagai boss dalam sesebuah hubungan, biarpun kadangkala dari segi ekonomi perempuan tu lebih mampu. Kalau berlaku macam tu, memang queen control dah. Lelaki mesti mengambil peranan yang penting dalam sesebuah hubungan. Kalau berselisih faham atau apa, lelakilah yang perlu bertolak ansur dulu.
Perempuan pulak, kalau dia dah sayang lelaki tu memang dia sayang. Simple je sebenarnya benda ni, tapi itulah dalam hidup ni macam-macam benda boleh buatkan sesebuah hubungan tu rumit dan kadang-kadang mendatangkan masalah. Dalam sayang perempuan nilah kadang-kadang berlaku perempuan tu akan lebih menyayangi berbanding lelaki. Bila benda ni berlaku, kena ada check and balance balik sebab lelaki adalah oportunis. Bila berada dalam zon selesa macam ni, lelaki mulalah jadi tak betul. Yang gatal tu, gatallah dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa.. haha!! .. yang jenis workaholic tu, kerjalah sampai pagi. Perempuan dia terabai, kurang kasi sayang.
Tapi si perempuan pula memang tak nak give up. Dia fikir apa yang dia buat tak cukup bagus untuk boyfriend dia. Jadi dia berusaha lagi kuat untuk tunjukkan kasih sayang dia. Walaupun begitu, bila si gadis merajuk, tetap dipujuk. Lepas pujuk, dia buat perangai endah tak endah balik. Relationship tu dah jadi lain.
Macam mane pun, ada je hubungan yang boleh kekal lama walaupun benda ni berlaku. Kenalah tengok jenis lelaki yang perempuan tu date. Ada je lelaki yang baik, jenis boleh dipercayai dan betul-betul ikhlas dalam hubungan tu. Tak salah pun untuk perempuan lebih menyayangi dan lebih baik sebenarnya kalau dua-dua memang komited dalam menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
Macam mana nak buat lelaki lebih sayang pada korang? Entah la.. Benda ni datang dari keikhlasan dalam bercinta tu.. kalau betul-betul ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam relationship tu, memang akan nampak jelas dan nyata.
jiwang pulak .. haishh!
Wednesday, January 4, 2012
lafaz makna
Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku
Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati
Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan
Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati
Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan
Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku
Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Subscribe to:
Posts (Atom)



