Saturday, May 19, 2012

penghujung tirai


Dan saat ini. Mereka pasti tidak lena tidur.
Dan ketika ini. Mereka pasti mandi tidak basah.
Dan ketika ini. Mereka pasti makan tak kenyang.


Resah oh gelisah. Celaru dirinya mulai kaku.
Usaha. Kemaafan. Keberkatan semuanya seiring denganmu.
Mungkin dulu ramai yang bermain.
Tapi pasti saat ini. Pecutan mu sehabis laju.


Masih ingat waktu muda dulu-dulu. Sekarang pun masih muda. Cuma usia sudah mahu menjengah waktu tengah hari.
Bukan apa. Saat dulu-dulu. Siap sakit habis hanya kerana konon-konon merayu agar siapa tahu mudah-mudahan perkara mampu ditunda.


Agghhhhh.Takut, berdebar.
Mulalah buka buku. Dulu hanya mampu memandang buku.
Hahhhhh. Insaf menebal.
Mulalah mohon kemaafan. Dulu hanya pandai mengeji dan mengata.


Namun tidak kira apa jua. Tidak kira di mana saja.
Andai ada usaha pasti ia berjaya.
Namun andai tidak pasti tersilap di mana-mana.
Kerana pasti Tuhan tahu yang terbaik buat diri kita.


Jangan risau. Yang penting lakukan sedaya mungkin.
Usah getar siapa tamat dulu. Paling penting tamatkan dengan jayanya dan tenang.
Banggakan ibu bapa. Mungkin mereka sudah puas kecewa.
Yang tiada usah bersedih. Pasti ibubapa bahagia dan gembira menatapmu di sana.


Berjuanglah. Jangan takut.
Bersedialah. Jangan gementar.
Bertawakallah. Andai usaha itu ada.
Pasti kejayaan itu tercipta.


Tuhan, permudahkanlah urusan kami,
Tuhan, bantulah diri kami,
Tuhan, tenangkanlah diri kami,
Tuhan, rahmatilah diri kami,
Tuhan, kurniakanlah keberkatan dalam diri kami,
Tuhan, ampunkanlah diri kami.


Berikanlah kejayaan pada yang berhak.
Berikanlah pengajaran pada yang berhak.


Selamat Menghadapi Peperiksaan.
Moga berjaya dalam segala pekerjaanmu.


Kata kata terakhir,


Moga doaku adalah untukmu,
Mohon kejayaan mu adalah restu ibumu,
Minta kegembiraan mu adalah lelah penat ayahmu,
Dan keberkatan mu adalah kehendak Tuhanmu.


Kita berusaha dan kita meminta.
Maka serahkan pula pada yang Kuasa.


please be nice to me

No comments:

Post a Comment