=(
Sunday, June 24, 2012
Sunday, June 3, 2012
sacrifice, appreciate
sebanyak mane pun kita inginkan anak perempuan, begitu jugak pentingnya kehadiran anak lelaki pada mata kita. seingin mane pun kita inginkan anak lelaki, sama juga pentingnya anak perempuan pada kehidupan kita. saat saja dilahirkan kita didukung dibelai didodoi comel sehingga kanak kanak kita ditatang bagai minyak yang penuh. membesar sehingga menjadi remaja kemudian berlangkah ke alam dewasa. kita nangis mereka pujuk, kita sakit mereka jaga, kita ketawa mereka gembira. takde ibu bapa yang tak gembira melihat anaknya berjaya di mata mereka. takde ibu bapa yang tak gembira melihat anaknya berjadi menjadi seorang anak yang mereka impikan. mereka yang mengajar kita bertatih didunia, mereka juga yang mengajar kita berpijak di atas bumi ni. segala cabaran yang akan kita lalui mereka sentiasa ada di samping kita. mereka yang mengajar kita tentang liku liku kehidupan duniawi yang akan ditempuh.
terima kasih melahirkan saya. ye tahu, melahirkan seorang bayi tu bukan mudah. malah ibarat berperang dengan nyawa sendiri kan ma. kerana itulah kita kena menghormati dan menghargai ibu kita. walaupun kadang kadang hati muda ni kurang sabar, mudah tersentuh. hurmmm. thats why ade yang kata kita kena menghargai wanita di muka bumi ni sebab pengorbanan mereka sangat besar dibandingkan dengan lelaki.
" pa dah takde sape. tolong jangan buat kami susah hati. "
anak mane yang tak sedih lihat ibu bapanya susah hati mengenangkan nasib yang menimpa. tambah pula melaluinya disaat usia yang begini. mungkin ini ujian duniawi. manusia tak kan lari daripada ujianNya. sabarlah wahai hati. tolonglah kuat.
Subscribe to:
Posts (Atom)